Wednesday, August 8, 2012

Pemantauan Proses Fabrikasi Mesin Steamer Batik


Pada7 Ogos 2012, Bahagian Teknikal telah membuat pemantauan proses fabrikasi mesin steamer batik yang dijalankan oleh Syarikat Syedila Enterprise, Sg. Udang, Melaka. Fabrikasi ini dijangka akan siap pada bulan Ogos 2012 ini.

Diharapkan inovasi ini dapat menyumbang dalam menyediakan proses produk batik yang lebih bersih dan mesra alam.








Wednesday, July 11, 2012

Pemantauan Proses Fabrikasi Sistem Rawatan Kumbahan Batik Bersepadu


Pada 3 Julai 2012, Bahagian Teknikal telah embuat pemantauan proses fabrikasi Sistem RAwatan Kumbahan Batik bersepadu yang dijalankan oleh Syarikat System Everest, Bangi.

Fabrikasi tangki rawatan bersepadu ini dijangka siap pada bulan Julai 2012 ini dan proses ujilari sistem akan dijalankan oleh Bahagian Teknikal dengan kerjasama Institut Kraf Negara (IKN).

Diharapkan inovasi ini dapat menyumbang dalam menyediakan proses produk batik yang lebih bersih dan mesra alam.

Faedah :

- Ruang kerja lebih teratur
- Menjimatkan ruang kerja



Tangki fabrikasi ini menggunakan gentian kaca melalui kaedah "lay-up"



Tangki Fabrikasi ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :

A - ruang air kumbahan batik
B - ruang Karbon Aktif
C - ruang air bersih


Wednesday, April 4, 2012

-KEPUTUSAN PENUH PERTANDINGAN HARI INOVASI KPKK 2011-

A'kum WBT & Salam Sejahtera

Berikut merupakan keputusan penuh Pertandingan Sempena Hari Inovasi KPKK 2011

(1) Pertandingan Inovasi Terbaik KPKK 2011 : Naib Johan (Hadiah: RM 2,000.00)
Sistem Rawatan Air Batik
Kraftangan Malaysia
(Bahagian Teknikal)



(2) Pertandingan Pameran Terbaik Inovasi : Tempat ke-3 (Hadiah: RM 1,000.00)
Sistem Rawatan Air Batik
Kraftangan Malaysia
(Bahagian Teknikal)




(3) Pertandingan Keceriaan Jabatan Terbaik : Johan (Hadiah: RM 3,000.00)
Kraftangan Malaysia

(4) Pertandingan Kaunter Terbaik : Tempat ke-3(Hadiah :RM 1,000.00)
Kraftangan Malaysia

(5) Penulisan Inovasi Kreatif Terbaik : Johan (Hadiah RM 1,000.00)
Ir. Mohd Hazery bin Hj. Md. Shamsi
Bahagian Teknikal
Kraftangan Malaysia

T.kasih kepada semua yang sudi membantu pihak kami menjayakan Hari Inovasi KPKK 2011 yang lalu. Untuk makluman semua, Bahagian Teknikal telah menghantar Pencalonan bagi Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM 2011) ke pihak MAMPU dengan tajuk Sistem Kumbahan Air Sisa Batik.

-Iltizam Menjana Kejayaan-

Friday, February 24, 2012

LAWATAN TEKNIKAL KE KILANG PEMBUATAN TANGKI SISA RAWATAN DI BANGI

Bahagian teknikal telah mengadakan lawatan teknikal ke Syarikat System Everest Sdn Bhd (Pembuat Tangki) pada 10 Februari 2012 yang lalu. Pelbagai ilmu pengetahuan berkaitan spesifikasi teknikal tangki jenis FRP telah diperolehi.
Ianya penting bagi menentukan jenis tangki yang sesuai digunakan dalam kajian sistem rawatan sisa batik.

Friday, January 6, 2012

UCAPAN TAHNIAH SEMPENA PERHIMPUNAN KRAFTANGAN MALAYSIA BAGI BULAN JANUARI 2012

Assalamualaikum WBT,

Sekalung ucapan tahinah diucapkan kepada dua Pemenang daripada Bahagian Teknikal:-

1) Mohd Hazery bin Md. Shamsi : Naib Johan Penulisan Esei Kraf 2011

2) Rozianawati binti Abdul Rahim : Johan Pertandingan Cari Silang Kata


Syabas diucapakan kepada mereka berdua.




Tuesday, November 29, 2011

Hari Inovasi 2011 Peringkat Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan

Tarikh : 22-24 November 2011
Tempat : Muzium Negara
Tema : "Inovasi Meneraju Transformasi Negara"
Penyertaan : 18 Agensi/Jabatan di bawah KPKK

Untuk pengetahuan semua, terdapat 7 jenis Pertandingan yang telah dijalankan iaitu:-

(1) Pertandingan Inovasi Terbaik : Diwakili oleh Bahagian Teknikal,Ibupejabat.
(2) Pertandingan Pameran Terbaik : Diwakili oleh Bahagian Teknikal,Ibupejabat.
(3) Pertandingan Esei Terbaik
(4) Pertandingan Keceriaan Pejabat Terbaik
(5) Pertandingan Kaunter Pelanggan Terbaik
(6) Pertandingan KIK : Diwakili oleh PKKM Kelantan.
(7) Pertandingan Kewangan Terbaik : (Kraftangan Malaysia tidak dapat
bertanding termasuk empat lagi Badan Berkanun di bawah KPKK)



"Bersama-sama kita mendoakan kejayaan Kraftangan Malaysia di dalam pertandingan tersebut.Pengumuman bagi pemenang setiap pertandingan akan dibuat tidak lama lagi.Bahagian Teknikal akan memaparkan keputusan tersebut setelah mendapat maklumat daripada pihak KPKK.
Harap semua dapat bersabar..



1.Rekabentuk dan konsep booth yang bercirikan teknologi hijau

2.Model Elektronik Sistem Rawatan Kumbahan Air Batik yang telah dibangunkan oleh Bahagian Teknikal

3.Penerangan oleh En.Hafiz berkaitan projek inovasi kepada pelajar IPTA/IPTS

4.Penerangan projek inovasi oleh En.Hazery kepada pihak Juri Pertandingan
( 2: Wakil MAMPU dan 1: Institut Integriti Malaysia)

5. Penerangan oleh En.Sarimon kepada pengunjung Hari Inovasi

6."T.Kasih diucapkan kepada Tn.Hj Mokhtar (Pengarah Khidmat Pengurusan) dan
En.Hamdan Ahmad (Jurutera Kanan)dll. di atas lawatan ke booth"

7.T.Kasih kepada peserta-peserta PKKM Kelantan yang sudi melawat booth..



"Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu Bahagian Teknikal di dalam menjayakan setiap pertandingan yang disertai"
Kami mengalu-alukan pandangan serta nasihat berkaitan teknologi pembuatan kraf daripada pembaca sekalian..