Thursday, August 1, 2013

Bahagian Teknikal Beraya




Kami dari warga kerja Bahagian Teknikal ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir & Batin

Tuesday, July 9, 2013


Marhaban Ya Ramdhan


Kami dari Bahagian Teknikal mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua warga kerja Kraftangan Malaysia dan seluruh umat Islam yang akan bermula pada 10 Julai 2013 (Rabu) bersamaan 1 Ramadhan 1434H. Semoga Ramadhan tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya.

Wednesday, August 8, 2012

Pemantauan Proses Fabrikasi Mesin Steamer Batik


Pada7 Ogos 2012, Bahagian Teknikal telah membuat pemantauan proses fabrikasi mesin steamer batik yang dijalankan oleh Syarikat Syedila Enterprise, Sg. Udang, Melaka. Fabrikasi ini dijangka akan siap pada bulan Ogos 2012 ini.

Diharapkan inovasi ini dapat menyumbang dalam menyediakan proses produk batik yang lebih bersih dan mesra alam.








Wednesday, July 11, 2012

Pemantauan Proses Fabrikasi Sistem Rawatan Kumbahan Batik Bersepadu


Pada 3 Julai 2012, Bahagian Teknikal telah embuat pemantauan proses fabrikasi Sistem RAwatan Kumbahan Batik bersepadu yang dijalankan oleh Syarikat System Everest, Bangi.

Fabrikasi tangki rawatan bersepadu ini dijangka siap pada bulan Julai 2012 ini dan proses ujilari sistem akan dijalankan oleh Bahagian Teknikal dengan kerjasama Institut Kraf Negara (IKN).

Diharapkan inovasi ini dapat menyumbang dalam menyediakan proses produk batik yang lebih bersih dan mesra alam.

Faedah :

- Ruang kerja lebih teratur
- Menjimatkan ruang kerja



Tangki fabrikasi ini menggunakan gentian kaca melalui kaedah "lay-up"



Tangki Fabrikasi ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :

A - ruang air kumbahan batik
B - ruang Karbon Aktif
C - ruang air bersih


Wednesday, April 4, 2012

-KEPUTUSAN PENUH PERTANDINGAN HARI INOVASI KPKK 2011-

A'kum WBT & Salam Sejahtera

Berikut merupakan keputusan penuh Pertandingan Sempena Hari Inovasi KPKK 2011

(1) Pertandingan Inovasi Terbaik KPKK 2011 : Naib Johan (Hadiah: RM 2,000.00)
Sistem Rawatan Air Batik
Kraftangan Malaysia
(Bahagian Teknikal)



(2) Pertandingan Pameran Terbaik Inovasi : Tempat ke-3 (Hadiah: RM 1,000.00)
Sistem Rawatan Air Batik
Kraftangan Malaysia
(Bahagian Teknikal)




(3) Pertandingan Keceriaan Jabatan Terbaik : Johan (Hadiah: RM 3,000.00)
Kraftangan Malaysia

(4) Pertandingan Kaunter Terbaik : Tempat ke-3(Hadiah :RM 1,000.00)
Kraftangan Malaysia

(5) Penulisan Inovasi Kreatif Terbaik : Johan (Hadiah RM 1,000.00)
Ir. Mohd Hazery bin Hj. Md. Shamsi
Bahagian Teknikal
Kraftangan Malaysia

T.kasih kepada semua yang sudi membantu pihak kami menjayakan Hari Inovasi KPKK 2011 yang lalu. Untuk makluman semua, Bahagian Teknikal telah menghantar Pencalonan bagi Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM 2011) ke pihak MAMPU dengan tajuk Sistem Kumbahan Air Sisa Batik.

-Iltizam Menjana Kejayaan-

Friday, February 24, 2012

LAWATAN TEKNIKAL KE KILANG PEMBUATAN TANGKI SISA RAWATAN DI BANGI

Bahagian teknikal telah mengadakan lawatan teknikal ke Syarikat System Everest Sdn Bhd (Pembuat Tangki) pada 10 Februari 2012 yang lalu. Pelbagai ilmu pengetahuan berkaitan spesifikasi teknikal tangki jenis FRP telah diperolehi.
Ianya penting bagi menentukan jenis tangki yang sesuai digunakan dalam kajian sistem rawatan sisa batik.

Friday, January 6, 2012

UCAPAN TAHNIAH SEMPENA PERHIMPUNAN KRAFTANGAN MALAYSIA BAGI BULAN JANUARI 2012

Assalamualaikum WBT,

Sekalung ucapan tahinah diucapkan kepada dua Pemenang daripada Bahagian Teknikal:-

1) Mohd Hazery bin Md. Shamsi : Naib Johan Penulisan Esei Kraf 2011

2) Rozianawati binti Abdul Rahim : Johan Pertandingan Cari Silang Kata


Syabas diucapakan kepada mereka berdua.