Latar Belakang

Bahagian Teknikal memberi penekanan terhadap usaha-usaha penerapan amalan penggunaan teknologi dalam proses pengeluaran. Fokus dibuat terhadap usaha-usaha menggalakan pembangunan dan pertumbuhan usahawan kraf berteknologi. Di samping itu menggalakan usahawan mengawal mutu dalam proses pengeluaran menjamin kualiti produk kraf yang dihasilkan.Terdapat tiga sub-aktiviti dalam aktiviti ini iaitu:

a) Kajian Bahan
Mengadakan kajian untuk mengenalpasti bahan baru dan gantian yang boleh digunakan dalam pembuatan kraf.

b) Kajian Teknologi
Mengadakan kajian teknik pembuatan kraf dengan menggunakan teknologi terkini dan automasi bagi menjimatkan kos dan meningkatkan produktiviti dan kualiti pengeluaran.

c) Pembangunan Standard
Mengadakan piawaian kraf bagi menjamin keluaran kraf tempatan mempunyai mutu yang terkawal.

Mengadakan kerjasama dengan SIRIM untuk menjalankan kajian dan ujian kearah mengubal satu piawaian kraf Malaysia.

Aktiviti kajian akan dilaksanakan dengan kerjasama dengan agensi kerajaan seperti SIRIM dan lain-lain agensi yang menjalankan aktiviti kajian. Disamping itu perkhidmatan kepakaran dalam dan luar negara akan diambil.