Thursday, June 23, 2011

Projek Inovasi Ke 2 (2011), Bahagian Teknikal..? KDSM 1?

Kraf Double Sander Machine (KDSM 1)

Bagi menyahut seruan tahun Inovasi, Bahagian Teknikal telahpun berjaya merekabentuk sebuah mesin yang dikenali sebagai KDSM1 yang mampu untuk meningkatkan kualiti pengeluaran kotak kayu. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kajian dan penambahbaikan yang perlu dibuat di dalam memantapkan mesin ini serta aktiviti pengeluaran kotak kayu.

Pasukan rekabentuk ini telah dianggotai oleh 5 orang kakitangan Bahagian Teknikal iaitu:

1) Kamaruzaman bin Hj.Idris : Ketua Penyelaras Projek
2) Mohd Hazery bin Hj. Md. Shamsi : Bahagian Mekanikal
3) Mohd Hafiz bin Abdul Halim : Jenis/bahan yang digunakan
4) Sarimon Abdullah : Bahagian Mekanikal
5) Ady Fikry Baharudin : Pelukis Pelan Mesin

Di dalam menghasilkan projek ini, Bahagian Teknikal telah mengadakan perbincangan dengan Encik Rosli Sulaiman , En.Mat Ramly (Pusat Inkubator Temerloh), En.Abd Halim Ali (Pereka, Bahagian Rekaan) bagi mendapatkan pandangan serta masalah yang dihadapi di dalam proses pembuatan kotak kayu.

Proses rekabentuk ini telah dibuat dalam masa 4 bulan dimana Bahagian Teknikal telahpun mengadakan beberapa siri lawatan ke Pusat Inkubator Temerloh, kilang kayu yang berkaitan, hasil pemerhatian daripada katalog/internet dan sebagainya.

Diharap dengan adanya rekabentuk mesin ini mampu untuk meningkatkan nilai produktiviti produk kotak kayu. InsyaAllah.

“Itizam Menjana Kecermelangan”









Selesai perbincangan.....kami makan disini..

Monday, June 20, 2011

Ke Arah Penjimatan Tenaga?

Tahukah Anda...?

Umumnya mengikut laman web carian Wikipedia, teknologi hijau dikenali sebagai teknologi persekitaran dan teknologi bersih. Teknologi hijau sering dikaitkan dengan menggunakan kaedah penjanaan kuasa hidro bagi penghasilan tenaga elektrik. Penggunaanya sekaligus menjamin pengekalan alam semulajadi dan menjamin ke arah persekitaran hidup yang lebih baik.
Ianya wujud disebabkan oleh isu pemanasan global dan krisis minyak yang melanda dunia pada hari ini.

Contoh Penggunaan Teknologi Hijau:-
1) Sumber Tenaga Solar
2) Sumber Angin Dan Ombak
3) Kenderaan Berkuasa Elektrik
4) Bahan Api Bio dll.

Bagi menyahut seruan kearah penggunaan teknologi ini, Bahagian Teknikal juga berminat mengkaji kaedah yang terbaik di dalam penjimatan tenaga. Dengan itizam yang tinggi daripada semua pihak, usaha perlaksanaan teknologi ini mampu untuk mengekalkan persekitaran hidup yang sihat.


Sumber:http://www.utusan.com.my/


Kompenen kincir angin Bahagian Teknikal (model) yang belum dipasang

Percubaan untuk merealisasikan penggunaan teknologi hijau

Kincir angin yang telah siap dipasang


Lampu yang telah menyala bila kipas dihalakan tepat kearah kincir angin

Binaan kincir angin (model)yang telah siap

Fakta:
Tahukah anda bahawa kincir angin ladang yang terbesar di dunia adalah di negara Amerika Syarikat (Texas) yang mampu menghasilkan 735 megawatts..

Manakala REPower5M adalah kincir angin yang mempunyai 3 bilah (61.6 meter)panjang setiap satu yang mampu untuk menjana elektrik untuk 5,000 buah rumah..












Friday, June 17, 2011

Hasil Lawatan JAS Gombak

Pada jam 2.00 ptg (16.6.2011)lawatan tapak yang diketuai oleh En.Faizul Helmi & kakitangan JAS yang lain (En.Kelana,En.Azly) telah melakukan tinjauan pada tapak kajian rawatan batik di Kraf Holdings Sdn Bhd.Pihak JAS Gombak menghargai usaha Kraftangan Malaysia dalam memelihara alam sekitar.

Kak Katty sedang memberi penerangan berkaitan pengeluaran batik kepada pegawai JAS

En.Kelana menerangkan kaedah menghasilkan sistem loji batik yang efisyen

Penerangan daripada kakitangan Bahagian Teknikal

Pemerhatian kepada sistem perpaipan loji

Perkongsian pendapat dari pihak JAS

Bahagian Teknikal menunjukkan sistem loji rawatan batik yang lama

Perbincangan bersama oleh Bahagian Teknikal & JAS Gombak dalam merealisasikan projek ini.

Satu mesyuarat kerjasama antara JAS Selangor & Kraftangan Malaysia berkaitan projek kajian loji batik akan diadakan pada 22/6/2011 bertempat di pejabat Jabatan Alam Sekitar Selangor.Semoga usaha ini akan berjaya.

"Iltizam Menjana Kejayaan"

Thursday, June 16, 2011

Lawatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Gombak Ke Tapak Kajian Projek Loji Rawatan Batik

Bahagian Teknikal telah mengadakan perbincangan bersama JAS Gombak pada 13.6.2011 yang lalu bagi membincangkan berkaitan kajian loji batik yang sedang dijalankan.Sehubungan dengan itu, satu lawatan tapak bersama pihak JAS Gombak akan diadakan pada ketetapan masa seperti berikut :

Tarikh : 16.6.2011
Masa : 2.00 ptg
Tempat : Tapak kajian Projek Loji Rawatan Batik
Kraf Holdings Sdn Bhd, Rawang, Selangor.

Semoga dengan lawatan tapak ini diharap dapat membantu Bahagian Teknikal merekabentuk loji rawatan yang efisyen. Sekian.

InsyaAllah kami akan melaporkan berkaitan lawatan tersebut kepada anda dalam masa terdekat.

"Iltizam Menjana Kejayaan"


Thursday, June 2, 2011

25.5.2011 Lawatan TKP (P) Ke Tapak Kajian Loji Tapisan Air Batik

Kak Katty menunjukkan isyarat bagus pada hasil air rawatan yang telah menjadi bersih dan jernih.....alhamdulillah...

Pengarah Teknikal menunjukkan hasil air sisa batik yang telah dirawat kepada TKP(P).

Semangat staff Bahagian Teknikal mengangkat pasir untuk digunakan dalam kajian syabas!!!!

Iltizam menjana kejayaan
Kerjasama yang tinggi ditunjukkan bagi menjayakan projek kajian ini

Penolong Jurutera & Juruteknik IKN melihat sendiri proses kajian yang dijalankan

Alhamdulillah....kajian menunjukkan kesan yang positif.