Thursday, June 23, 2011

Projek Inovasi Ke 2 (2011), Bahagian Teknikal..? KDSM 1?

Kraf Double Sander Machine (KDSM 1)

Bagi menyahut seruan tahun Inovasi, Bahagian Teknikal telahpun berjaya merekabentuk sebuah mesin yang dikenali sebagai KDSM1 yang mampu untuk meningkatkan kualiti pengeluaran kotak kayu. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kajian dan penambahbaikan yang perlu dibuat di dalam memantapkan mesin ini serta aktiviti pengeluaran kotak kayu.

Pasukan rekabentuk ini telah dianggotai oleh 5 orang kakitangan Bahagian Teknikal iaitu:

1) Kamaruzaman bin Hj.Idris : Ketua Penyelaras Projek
2) Mohd Hazery bin Hj. Md. Shamsi : Bahagian Mekanikal
3) Mohd Hafiz bin Abdul Halim : Jenis/bahan yang digunakan
4) Sarimon Abdullah : Bahagian Mekanikal
5) Ady Fikry Baharudin : Pelukis Pelan Mesin

Di dalam menghasilkan projek ini, Bahagian Teknikal telah mengadakan perbincangan dengan Encik Rosli Sulaiman , En.Mat Ramly (Pusat Inkubator Temerloh), En.Abd Halim Ali (Pereka, Bahagian Rekaan) bagi mendapatkan pandangan serta masalah yang dihadapi di dalam proses pembuatan kotak kayu.

Proses rekabentuk ini telah dibuat dalam masa 4 bulan dimana Bahagian Teknikal telahpun mengadakan beberapa siri lawatan ke Pusat Inkubator Temerloh, kilang kayu yang berkaitan, hasil pemerhatian daripada katalog/internet dan sebagainya.

Diharap dengan adanya rekabentuk mesin ini mampu untuk meningkatkan nilai produktiviti produk kotak kayu. InsyaAllah.

“Itizam Menjana Kecermelangan”









Selesai perbincangan.....kami makan disini..

No comments:

Post a Comment