Monday, June 20, 2011

Ke Arah Penjimatan Tenaga?

Tahukah Anda...?

Umumnya mengikut laman web carian Wikipedia, teknologi hijau dikenali sebagai teknologi persekitaran dan teknologi bersih. Teknologi hijau sering dikaitkan dengan menggunakan kaedah penjanaan kuasa hidro bagi penghasilan tenaga elektrik. Penggunaanya sekaligus menjamin pengekalan alam semulajadi dan menjamin ke arah persekitaran hidup yang lebih baik.
Ianya wujud disebabkan oleh isu pemanasan global dan krisis minyak yang melanda dunia pada hari ini.

Contoh Penggunaan Teknologi Hijau:-
1) Sumber Tenaga Solar
2) Sumber Angin Dan Ombak
3) Kenderaan Berkuasa Elektrik
4) Bahan Api Bio dll.

Bagi menyahut seruan kearah penggunaan teknologi ini, Bahagian Teknikal juga berminat mengkaji kaedah yang terbaik di dalam penjimatan tenaga. Dengan itizam yang tinggi daripada semua pihak, usaha perlaksanaan teknologi ini mampu untuk mengekalkan persekitaran hidup yang sihat.


Sumber:http://www.utusan.com.my/


Kompenen kincir angin Bahagian Teknikal (model) yang belum dipasang

Percubaan untuk merealisasikan penggunaan teknologi hijau

Kincir angin yang telah siap dipasang


Lampu yang telah menyala bila kipas dihalakan tepat kearah kincir angin

Binaan kincir angin (model)yang telah siap

Fakta:
Tahukah anda bahawa kincir angin ladang yang terbesar di dunia adalah di negara Amerika Syarikat (Texas) yang mampu menghasilkan 735 megawatts..

Manakala REPower5M adalah kincir angin yang mempunyai 3 bilah (61.6 meter)panjang setiap satu yang mampu untuk menjana elektrik untuk 5,000 buah rumah..












No comments:

Post a Comment