Wednesday, August 24, 2011

LAWATAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR PUTRAJAYA DAN DAN UNIT PERUNDINGAN UNIVERSITI MALAYA (UPUM) KE TAPAK KAJIAN LOJI RAWATAN SISA KUMBAHAN BATIK, KRAF HOLDINGS SDN BHD, RAWANG PADA 24/8/2011 (10.00 PAGI).

Tujuan :
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Kraftangan Malaysia, bagi mendapat gambaran projek kajian Loji Rawatan Sisa Kumbahan Batik yang telah dibina dan dibangunkan oleh Bahagian Teknikal Ibupejabat. Loji rawatan adalah perlu bagi membantu usahawan kraf khususnya dalam industri batik. Perawatan ini penting bagi memastikan air sisa kumbahan batik yang dilepaskan ke dalam saliran/sungai tidak mencemarkan persekitaran selaras dengan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Dengan pembinaan dan pemasangan loji batik ini diharap dapat mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar yang terhasil dari proses penghasilan produk batik. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah memberi penghargaan ke atas komitmen Kraftangan Malaysia dalam memelihara alam sekitar. Matlamat perjumpaan ini juga adalah bagi mendapat pertimbangan dan kelulusan agar reka bentuk loji rawatan ini dapat dipraktikkan di seluruh Malaysia khususnya dalam industri batik.

Faedah Loji Rawatan Batik (LRB).
 Meningkat kecekapan proses penghasilan batik
 Meningkatkan kualiti alam sekitar
 Mengurangkan pencemaran kepada alam sekitar.
 Mengurangkan kos rawatan buangan.
 Menjimatkan penggunaan air melalui proses guna semula air terawat

Senarai Peserta Lawatan:

JABATAN ALAM SEKITAR, PUTRAJAYA
1. Encik Ramli bin Abdul Rahman
2. Puan Noorazehan bt. Baharum
3. Puan Narimah bt. Saad
4. Encik Kalana bin Drahman (Bahagian Penguatkuasaan JAS Gombak)
5. Cik Selina Chong (Bahagian Penguatkuasaan JAS Terengganu)

UNIT PERUNDINGAN UNIVERSITI MALAYA
1. Prof Madya Dr.Che Rosmani Che Hassan
2. Professor Shaliza Ibrahim





















No comments:

Post a Comment

Post a Comment